Info GMTP (terkini)
Hasil
Analisa Kajian Kesedaran Program Transformasi GIATMARA (GMTP) Terhadap Anggota
Kerja GIATMARA
Berdasarkan kajian yang dijalankan terhadap 565 orang respondan yang dilakukan secara rambang
meliputi GIATMARA seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak mendapati sebanyak
74.2% (419 orang) telah mendapat penerangan GMTP
dan 25.8% (146 orang) yang belum menerima
sebarang maklumat atau penerangan berkenaan GMTP. Mengikut data profil
respondan bilangan Tenaga Pengajar mendahului bilangan respondan yang terbanyak
iaitu seramai 369 orang, ini diikuti Pengurus dan Pembantu Eksekutif Urustakbir
seramai 69 dan bilangan Pembantu Eksekutif Logistik seramai 60 orang.
Dari aspek Kesedaran dan Pengetahuan pula, sebanyak
68.2% (385 orang) mempunyai tahap pengetahuan
yang baik dan 180 orang (31.8%) pengetahuan yang lemah. Data ini diperolehi
apabila respondan di uji dengan soalan sejarah pelancaran GMTP dan rangka pelan
tindakan GMTP yang telah dilancarkan pada Mei 2012 yang lalu. Sebilangan besar
respondan menyedari implikasi pelaksanaan GMTP kepada organisasi membawa hasil
yang pantas dan berkesan bagi merealisasikan matlamat GIATMARA untuk menjadi
pusat latihan kemahiran yang terunggul di dalam negara. Ia dapat dibuktikan
hasil analisa kajian ini mendapati 89.56% (506 orang) mempunyaitahap kesedaran memuaskan
manakala 10.44% (59 orang) lagi tidak bersetuju dengan kenyataan yang
diberikan.
Hasil analisa
ini juga menunjukkan bahawa 37.10% atau
bersamaan dengan 209 respondan berada pada tahap
ketidakpastian terhadap kenyataan soalan
kaji selidik iaitu samada pusat GIATMARA mempuyai Program Menjana Pendapatan
untuk perbelanjaan pusat sendiri.
Kesimpulannya,
langkah-langkah penambahbaikan yang
dikenalpasti dan strategi pelaksanaan yang efisen perlu dilakukan ia berikutan
hasil data analisis mendapati sebanyak 53.64% (303
orang)yang beranggapan penerangan yang diterima mengenai GMTP mencukupi.
Antara langkah-langkah yang sedang dijalankan ialah cetakan buku GMTP kepada
semua anggota kerja, cadangan penilaian
Standard Pengukuran Pelaksanaan GMTPberdasarkan teras utama GMTP contohnya
sebaran maklumat melalui video , teknologi maklumat (virtual-blog,fb dlln).
GMTP akan
berjaya dilaksanakan jika semua anggota kerja terlibat secara menyeluruh
berorientasikan 7EPP GMTP demi merealisasikan impian GIATMARA untuk menjadi
pusat latihan kemahiran yang terunggul dalam negara.
0 comments:
Post a Comment