Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelatih GIATMARA Lubok Antu 2014

0 comments



Hasil resolusi pemilihan JPP pada Minggu Mesra Pelatih 2014 yang lalu, keputusan penuh pemilihan Ahli JPP adalah seperti berikut: -



Jawatankuasa Perwakilan Pelatih
GM Lubok Antu 2014

Presiden                                             : Shahfuan Azwan bin Ahmad (TAF)
Naib Presiden                                     : Florence ak Empaok (FND)
Setiausaha                                         : Nur Asiah binti Ali (FND)
Bendahari                                          : Mohd Mahathir bin Zulkarnain (TAF)
Biro Akademik                                    : Dylan Tawie (TAF)
Biro Kerohanian & Sahsiah (Islam)       : Bandone ak Laman (TAF)
Biro Kerohanian & Sahsiah (Kristian)    : Nurul Affidah binti Anuar (FND)
Biro Kebudayaan & Majlis                   : Barnabas Mawat ak Ben (TAF)
Biro Kebajikan                                    : Hasmida binti Husaini Napah (FND)
Biro Sukan & Rekreasi                         : Douglas Rejap ak Menden (TKFL)

Keputusan adalah muktamad dan jawatankuasa akan dirombak untuk sesi 2/2014 dan mengekalkan jawatankuasa dari kursus TAF.

Struktur Organisasi MARA 2014

0 comments

 Berikut merupakan Struktur Organisasi MARA terkini untuk tahun 2014.






Info RnD : Kajian Persepsi Pengetahuan GMTP

0 comments




Info GMTP (terkini)
Hasil Analisa Kajian Kesedaran Program Transformasi GIATMARA (GMTP) Terhadap Anggota Kerja GIATMARA

Berdasarkan kajian yang dijalankan terhadap 565 orang respondan yang dilakukan secara rambang meliputi GIATMARA seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak mendapati sebanyak 74.2% (419 orang) telah mendapat penerangan GMTP dan 25.8% (146 orang) yang belum menerima sebarang maklumat atau penerangan berkenaan GMTP. Mengikut data profil respondan bilangan Tenaga Pengajar mendahului bilangan respondan yang terbanyak iaitu seramai 369 orang, ini diikuti Pengurus dan Pembantu Eksekutif Urustakbir seramai 69 dan bilangan Pembantu Eksekutif Logistik seramai 60 orang.

Dari aspek Kesedaran dan Pengetahuan pula, sebanyak 68.2% (385 orang) mempunyai tahap pengetahuan yang baik dan 180 orang (31.8%)  pengetahuan yang lemah. Data ini diperolehi apabila respondan di uji dengan soalan sejarah pelancaran GMTP dan rangka pelan tindakan GMTP yang telah dilancarkan pada Mei 2012 yang lalu. Sebilangan besar respondan menyedari implikasi pelaksanaan GMTP kepada organisasi membawa hasil yang pantas dan berkesan bagi merealisasikan matlamat GIATMARA untuk menjadi pusat latihan kemahiran yang terunggul di dalam negara. Ia dapat dibuktikan hasil analisa kajian ini mendapati 89.56% (506 orang) mempunyaitahap kesedaran memuaskan manakala 10.44% (59 orang) lagi tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan.

Hasil analisa ini juga menunjukkan bahawa 37.10% atau bersamaan dengan 209 respondan berada pada tahap ketidakpastian terhadap kenyataan  soalan kaji selidik iaitu samada pusat GIATMARA mempuyai Program Menjana Pendapatan untuk perbelanjaan pusat sendiri.
Kesimpulannya, langkah-langkah  penambahbaikan yang dikenalpasti dan strategi pelaksanaan yang efisen perlu dilakukan ia berikutan hasil data analisis mendapati sebanyak 53.64% (303 orang)yang beranggapan penerangan yang diterima mengenai GMTP mencukupi. Antara langkah-langkah yang sedang dijalankan ialah cetakan buku GMTP kepada semua anggota kerja, cadangan  penilaian Standard Pengukuran Pelaksanaan GMTPberdasarkan teras utama GMTP contohnya sebaran maklumat melalui video , teknologi maklumat (virtual-blog,fb dlln).
GMTP akan berjaya dilaksanakan jika semua anggota kerja terlibat secara menyeluruh berorientasikan 7EPP GMTP demi merealisasikan impian GIATMARA untuk menjadi pusat latihan kemahiran yang terunggul dalam negara.

Program Transformasi GIATMARA

0 comments

 
Pengenalan GMTP

GMTP GIATMARA Transformasi Programme adalah merupakan salah satu usaha GIATMARA untuk melaksanakan perubahan dalam menggariskan beberapa prinsip yang akan memandu organisasi GIATMARA berpandukan kepada misi dan objektif GIATMARA

7 EPP

  • Pembangunan Modal Insan
  • Merekayasa Sistem Latihan
  • Pembangunan Usahawan
  • Program Menjana Pendapatan
  • GIAT Dekat Rakyat
  • Pengantarabangsaan
  • Penjanamaan GIATMARA
Cabaran Utama Agenda GMTP
  • Membangunkan warga kerja yang berpengetahuan & kompeten
  • Melatih dan menyediakan tenaga mahir yang boleh diterima dipasaran kerja
  • Mengukuhkan strategi untuk melahirkan usahawan bu,iputera yang berjaya
  • Menggunakan kepakaran & sumber yang ada untuk menjana pendapatan sendiri
  • Menjadi pusat rujukan berkaitan bidang kemahiran kepada masyarakat setempat terutama dalam peningkatan sosioekonomi
  • Menawarkan program dan persijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa
Harapan GIATMARA

Untuk memartabatkan serta merealisasikan hasrat dan impian GIATMARA menjadi pusat latihan kemahiran yang terunggul & memenuhi pasaran masyarakat amnya.

Program GMTP pada 6 - 9 Mei 2012 bertempat di Royal Chulan, Kuala Lumpur



  

 








Aktiviti "Restructuring" Setor Utama GIATMARA Lubok Antu

0 comments

Setor Utama lazimnya dilabelkan tempat yang menyimpan segala alat dan bahan untuk sesuatu organisasi. Setor mestilah bersifat kemas dan sentiasa dikemaskini untuk memastikan rekod keluar masuk dan dokumentasi dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Adalah menjadi tanggungjawab dan kreativiti Pembantu Eksekutif Logistik untuk memastikan Setor Utama dalam keadaan terkini, bersih dan kemas.




Foyer Hadapan GIATMARA Lubok Antu

0 comments

Aktiviti keceriaan dan hiasan dalaman menjadi asas dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih menenangkan dan dalam masa yang sama menghadirkan semangat untuk berkerja. Justeru, usaha untuk menjadikan tempat kerja menarik adalah tanggungjawab bersama.

 Ruangan Foyer yang kosong dan nampak membosankan

Aktiviti DIY mengisi kekosongan masa malam
Ketekunan dan kesabaran akhirnya mendatangkan kejayaan

Hasil yang menarik dengan kos yang minimum



Ruangan Promosi GIATMARA Lubok Antu

0 comments

Beberapa perubahan telah dilakukan untuk menjadikan ruangan promosi di GIATMARA Lubok Antu lebih menarik dan interaktif.

Sebelum

 Dinding masih kosong dan meja tidak berfungsi sepenuhnya

 Ruangan kosong pada dinding tidak dimanfaatkan sepenuhnya

Selepas

Meja telah dilapit dan dipenuhi pamplet, flyers dan borang kemasukan

Maklumat dan informasi organisasi dilekatkan dan dalam masa yang sama ditayangkan di Virtual Information System

Susunan flyers & pamplet di atas meja

Pen holder