Logo 5S GIATMARA Lubok Antu







Logo 5S GIATMARA Lubok Antu akhirnya berjaya dihasilkan. Logo ini bakal digunapakai dalam perlaksanaan Program 5S di GIATMARA Lubok Antu.

Huraian Logo:

Tulisan 5S - Menggambarkan aktiviti 5S yang menjadi tunjang kepada kecemerlangan pengurusan dan latihan. Jalur berwarna menggambarkan warna-warni keceriaan yang mewarnai GIATMARA Lubok Antu

Logo GIATMARA Malaysia - Sebagai logo rasmi institusi dan menjunjung segala polisi dan matlamat organisasi.

5 Pecahan Separa Cakera - Menggambarkan elemen dalam aktiviti 5S - Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal

Tulisan Seiri * Seiton * Seiso * Seitsuke * Shiketsu - Mewakili aktiviti 5s dalam bahasa asalnya ; Bahasa Jepun

Warna Pada Cakera :

a. Merah - Menandakan kecekalan dan keberanian melakukan perubahan positif ke arah kecemerlangan diri, organisasi dan negara

b. Oren - Kewaspadaan dan kepekaan kepada perubahan semasa dan mencetuskan ilham untuk bertindak segera tanpa bertangguh

c. Hijau - Bersifat penyabar serta ikhlas di kalangan organisasi dalam melakukan sebarang tugasan serta menyemai semangat menyayangi lama sekitar dan kehijauan flora & fauna

d. Biru - Bijak dan sentiasa berfikiran terbuka dan menerima idea baru yang mendorong ke arah kemajuan dan kegemilangan

e. Violet - Melambangkan kesempurnaan, kebersihan, kedamaian serta ketenangan dalam persekitaran kerja yang kondusif

0 comments:

Post a Comment