Aktiviti "Restructuring" Setor Utama GIATMARA Lubok Antu

0 comments

Setor Utama lazimnya dilabelkan tempat yang menyimpan segala alat dan bahan untuk sesuatu organisasi. Setor mestilah bersifat kemas dan sentiasa dikemaskini untuk memastikan rekod keluar masuk dan dokumentasi dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Adalah menjadi tanggungjawab dan kreativiti Pembantu Eksekutif Logistik untuk memastikan Setor Utama dalam keadaan terkini, bersih dan kemas.




Foyer Hadapan GIATMARA Lubok Antu

0 comments

Aktiviti keceriaan dan hiasan dalaman menjadi asas dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih menenangkan dan dalam masa yang sama menghadirkan semangat untuk berkerja. Justeru, usaha untuk menjadikan tempat kerja menarik adalah tanggungjawab bersama.

 Ruangan Foyer yang kosong dan nampak membosankan

Aktiviti DIY mengisi kekosongan masa malam
Ketekunan dan kesabaran akhirnya mendatangkan kejayaan

Hasil yang menarik dengan kos yang minimum



Ruangan Promosi GIATMARA Lubok Antu

0 comments

Beberapa perubahan telah dilakukan untuk menjadikan ruangan promosi di GIATMARA Lubok Antu lebih menarik dan interaktif.

Sebelum

 Dinding masih kosong dan meja tidak berfungsi sepenuhnya

 Ruangan kosong pada dinding tidak dimanfaatkan sepenuhnya

Selepas

Meja telah dilapit dan dipenuhi pamplet, flyers dan borang kemasukan

Maklumat dan informasi organisasi dilekatkan dan dalam masa yang sama ditayangkan di Virtual Information System

Susunan flyers & pamplet di atas meja

Pen holder

Sistem e-Aduan GIATMARA Lubok Antu

0 comments

 

Sistem e-Aduan memudahkan sebarang maklumbalas disalurkan kepada GIATMARA Lubok Antu. Pelanggan boleh mengemukakan aduan untuk tindakan segera di pihak kami.

Hanya aduan yang lengkap dengan nama penuh, no kad pengenalan dan no telefon sahaja akan diproses. Maklumat dan komentar anda amatlah berguna untuk kami.
 
e-Aduan GIATMARA Lubok Antu
Sistem Aduan Online GIATMARA Lubok Antu


Powered byEMF Web Form

Logo 5S GIATMARA Lubok Antu

0 comments







Logo 5S GIATMARA Lubok Antu akhirnya berjaya dihasilkan. Logo ini bakal digunapakai dalam perlaksanaan Program 5S di GIATMARA Lubok Antu.

Huraian Logo:

Tulisan 5S - Menggambarkan aktiviti 5S yang menjadi tunjang kepada kecemerlangan pengurusan dan latihan. Jalur berwarna menggambarkan warna-warni keceriaan yang mewarnai GIATMARA Lubok Antu

Logo GIATMARA Malaysia - Sebagai logo rasmi institusi dan menjunjung segala polisi dan matlamat organisasi.

5 Pecahan Separa Cakera - Menggambarkan elemen dalam aktiviti 5S - Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal

Tulisan Seiri * Seiton * Seiso * Seitsuke * Shiketsu - Mewakili aktiviti 5s dalam bahasa asalnya ; Bahasa Jepun

Warna Pada Cakera :

a. Merah - Menandakan kecekalan dan keberanian melakukan perubahan positif ke arah kecemerlangan diri, organisasi dan negara

b. Oren - Kewaspadaan dan kepekaan kepada perubahan semasa dan mencetuskan ilham untuk bertindak segera tanpa bertangguh

c. Hijau - Bersifat penyabar serta ikhlas di kalangan organisasi dalam melakukan sebarang tugasan serta menyemai semangat menyayangi lama sekitar dan kehijauan flora & fauna

d. Biru - Bijak dan sentiasa berfikiran terbuka dan menerima idea baru yang mendorong ke arah kemajuan dan kegemilangan

e. Violet - Melambangkan kesempurnaan, kebersihan, kedamaian serta ketenangan dalam persekitaran kerja yang kondusif

Iklan Tawaran Kemasukan Program Persijilan Professional untuk Pengajian Bermula Julai 2013

0 comments


GIATMARA Malaysia mempelawa calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran atau tidak berpeluang menamatkan persekolahan untuk menjadi “Technical Trainee” dan bakal Usahawan Muda dengan mengikuti Program Persijilan Professional GIATMARA Malaysia seperti berikut:

Automotive Technology - Teknologi Automotif (TAF) - 12 bulan
Fashion & Dressmaking - Fesyen & Pembuatan Pakaian (FND) - 6 bulan
Welding & Metal Fabrication - Kimpalan & Fabrikasi Logam (KFL) - 6 bulan

Permohonan Secara Online boleh dibuat di sini.

Permohonan Online Program Persijilan Professional GIATMARA

0 comments



Sila lengkapkan permohonan anda. Masukkan segala maklumat dengan lengkap.

Sila pastikan Nama dan No. Kad Pengenalan yang dimasukkan adalah tepat untuk memastikan pemprosesan Elaun Teknikal diuruskan tanpa sebarang permasalahan.

Salinan Kad Pengenalan hanya diperlukan setelah pihak kami menghubungi anda. Pihak kami akan memproses permohonan anda secepat mungkin ke dalam sistem G-SPEL. Terima kasih kerana memilih GIATMARA!

Segala permasalahan dalam permohonan, sila hubungi Webmaster di talian 013-5760658.


Permohonan Online GIATMARA Lubok Antu
Permohonan ke Program Persijilan Professional GIATMARA Malaysia di Pusat Persijilan di GIATMARA Lubok Antu, Sarawak
  • Maklumat Am

  • Pilihan Kursus

  • Butiran Peribadi Pemohon


  • Nama Penuh Mengikut Kad Pengenalan

  • Contoh : 821216-13-5165

  • Masukkan No. Telefon yang dapat dihubungi

  • Alamat Kediaman Anda

  • Pilih Kelulusan Tertinggi Anda
  • Maklumat Penjaga


  • Nama Penuh Mengikut Kad Pengenalan

  • Contoh : 821216-13-5165

  • Masukkan No. Telefon yang dapat dihubungi

  • Alamat Kediaman Anda

  • Pendapatan Bulanan Penjaga

  • Masukkan Jenis Pekerjaan Penjaga

  • Alamat Majikan Penjaga

  • Masukkan No. Telefon yang dapat dihubungi
  • Keperluan Tempat Tinggal & Pengangkutan

  • Pengakuan Permohonan



Powered byEMF Online Form

Lawatan On Job Training (OJT) dari ILP Kota Samarahan

0 comments


Satu lawatan pemantauan On Job Training (OJT) dari Institut Latihan Perindustrian telah dibuat untuk memantau 2 orang pelatih Latihan Industri di GIATMARA Lubok Antu. Pelatih tersebut adalah Dominic yang diserapkan ke bengkel Kimpalan dan Fabrikasi Logam serta Davidson ke bengkel Teknologi Automotif.

Antara perkara yang disemak sepanjang lawatan terbebut adalah buku log dan rekod kehadiran pelatih OJT. Lawatan berakhir kira-kira jam 10.45.









Aktiviti Bengkel Fashion & Dressmaking

0 comments


Sesekali molek juga kita menjenguk suasana bengkel di GM Lubok Antu. Dalam paparan kali ini, kita akan menjenguk suasana di Bengkel FnD dibawah pengawasan TP Lila. Buat intake Jan-Julai 2013, hanya ada 11 orang pelatih yang berdaftar. Namun demikian, sesi pembelajaran tampak menyeronokkan dengan kehadiran seorang pelatih lelaki. Untuk perancangan masa akan datang, kami mensasarkan mendapatkan 16 orang pelatih dari kawasan Lubok Antu dan kawasan pesisir di Bahagian Betong.

Mari kita lihat suasana dalam kelas FnD. Ketika imej dirakam, pelatih tekun menyiapkan baju melayu.














Struktur Organisasi GIATMARA Lubok Antu 2013

0 comments